Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.
Laman web Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Cawangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini merupakan satu wadah bagi ahli-ahli PUSPANITA terutamanya PUSPANITA Cawangan KPT untuk berkomunikasi, berkongsi serta memperoleh maklumat terkini di alam siber berkenaan pelbagai aktiviti dan program yang akan dan telah dianjurkan.
Kita kini berada di alaf di mana lanskap ekonomi dan persekitaran berubah dengan pantas dan media baharu telah banyak mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak. Kita perlu pantas mengambil tindakan bagi memenuhi harapan ahli dan pemegang taruh. Justeru, pembangunan laman web PUSPANITA Cawangan KPT ini adalah tepat pada masanya memandangkan ahli-ahli PUSPANITA Cawangan KPT kian meningkat bilangannya, kini boleh mengakses maklumat dengan mudah dan pantas secara dalam talian.
Saya berharap agar semua program anjuran PUSPANITA Cawangan KPT ini mampu memberi impak yang tinggi kepada semua ahli dari segi aspek pembangunan kendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya membentuk Malaysia Madani seperti yang dihasratkan oleh Negara. Saya percaya dengan kerjasama dan penggembelingan tenaga hasil gabungan kerjasama secara berpasukan melalui kaedah pakatan strategik semua ahli termasuk jabatan, agensi serta institusi yang bernaung di bawah KPT, program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan efektif dan jayanya menggunakan kos pelaksanaan yang rendah. Penglibatan aktif ahli dalam pelbagai program anjuran PUSPANITA Cawangan KPT berupaya melengkapkan diri ahli dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang memberi kematangan dan pendedahan yang diperlukan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cemerlang.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah berjaya memainkan peranan masing-masing dalam proses pembangunan laman web baharu PUSPANITA Cawangan KPT ini.
Akhir kata, adalah menjadi harapan saya agar kita semua dapat memainkan peranan yang lebih holistik sebagai wanita yang mampu berdiri gah mengharungi sebarang cabaran yang mendatang, selari dengan slogan “Wanita Sepakat Negara Meningkat”.
Salam hormat dan terima kasih.
“WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT”
YBhg. Datin Seri Arida binti Abdul Razak
Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPT
Laman Rasmi PUSPANITA KPT © Hak Cipta Terpelihara
JUMLAH PELAWAT